| Ahli PPKE perlu kerja keras |
|
|
|
|
Utusan Malaysia Pengerusinya, Ab. Razak Hitam, 58, berkata, PPKE yang ditubuhkan pada 1976 dengan modal berbayar daripada saham ahlinya sebanyak RM324,632 semakin berdaya saing dan dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan ahlinya. "PPKE mengutamakan kebajikan dan tanggungjawab kepada ahlinya dalam semua aspek termasuk bantuan membeli jentera, kepakaran dan bantuan pendidikan serta melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) untuk anak-anak ahlinya. "PPKE juga menunaikan tanggungjawab sosial seperti sumbangan kewangan untuk program pendidikan dan tanggungjawab menunaikan zakat perniagaan dan bagi tahun ini sahaja lebih RM16,000 telah disumbangkan kepada anak-anak ahlinya yang berjaya dalam pelajaran," katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PPKE di sini hari ini. Mesyuarat Agung tahunan kali ke-29 itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Mersing yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad. PPKE kini mempunyai seramai 2,138 ahli. Sementara itu, Abdul Latif melahirkan rasa bangga dengan pencapaian PPKE yang menjadi antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) terbaik di negeri ini. "Jarang-jarang PPK yang dapat mencatat keuntungan melebihi RM2 juta dan ini tidak akan tercapai tanpa usaha keras dalam kalangan ahlinya," katanya. |
| < Sebelum | Seterusnya > |
|---|


















