Webmail

Login Form






Hilang Katalaluan?
Petani perlu lebih kreatif jana pendapatan PDF Print E-mail
Utusan Malaysia

BESUT 2 Jun - Golongan petani, nelayan dan penternak perlu mengambil pendekatan lebih kreatif jika mereka ingin menjana lebih banyak pendapatan dari bidang yang diceburi sekarang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, golongan itu juga tidak sewajarnya mengharapkan seratus peratus kejayaan dengan bantuan kerajaan.Katanya, kerajaan sudah banyak menyediakan pelbagai bantuan dan insentif, maka tinggal lagi kesediaan mereka untuk memanfaatkan peluang yang disediakan sejak sekian lama.

''Langkah kerajaan itu sebenarnya ingin menjadikan golongan petani, nelayan dan penternak bukan lagi tergolong dalam kemiskinan yang sering dipandang rendah dalam masyarakat," katanya.Beliau berucap merasmikan Program Rakan Ladang (PRL), Penyerahan Jentera Traktor Dua Roda Menerusi Skim 'Matching Grant' dan Penyampaian Zakat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai di Kampong Alor Keladi dekat sini, semalam.

Pada majlis itu, Pehemi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera menyampaikan jentera dua roda yang berjumlah RM150,000 kepada 46 petani menerusi skim 'Matching Grant'.

 
< Sebelum   Seterusnya >